Isnin, 20 Februari 2012
ANDA INGIN CANTIK?
MANFAAT VITAMIN E UNTUK KULIT
Manfaat vitamin E untuk kecantikan dan kesihatan kulit cukup besar . Vitamin E memiliki sifat antioksidan yang kuat sehingga melindungi kulit dari efek berbahaya radikal bebas, polusi dan ubat-ubatan. Hal ini memperkuat sistem kekebalan tubuh kita,ia berfungsi untuk melawan berbagai penyakit kulit. Vitamin E juga melindungi kulit dari radiasi ultraviolet yang berbahaya dan tetap membuatnya tampak lebih muda dan sihat.
Penggunaan vitamin E dapat mempercepat proses penyembuhan jerawat dan mencegahnya. Hal ini juga diyakini dapat mengurangi munculnya stretch mark, bekas jerawat dan bahkan bintik-bintik yang disebabkan oleh usia. Vitamin E juga dapat mengurangi hilangnya air trans epidermis dari kulit. Hal ini membantu memperkuat permukaan kulit, sehingga dapat mencegah terjadinya dehidrasi dan pengembangan keriput dan garis-garis halus.
Sesiapa mengalami masalah jeragat,jerawat,blackhead,kedutan sekitar mata,kesan lebam bawah mata n parut, jom sama2 menggunakan placenta vit e softgel!
Dermafal gently cares for your skin.
Its sheep placenta, squalene and vitamin E reinvigotrates the skin from and into its deep layers.
1. Its antioxidant properties reduce and prevent damage from free radicals that ravage skin over time.
2. Skin identical ingredients then help your skin rebuild its protective outer barrier while mimicking its structure to prevent moisture loss.
3. Cell communicating agents encourage skin cells to behave efficiently and healthily while instructing damage-causing cell to shut down.
This lessen cell damage and reinforce your skin's ability to function at its best and overcome environmental stress.
Continued use rebuilds healthy skin from its roots, prevent wrinkles and visibly improve skin texture.
Finally with Dermafal, your beauty has a friend.
Dermafal is Halal Certified.
Fortified with Squalene and Vitamin E, this moisturizing solution is specially formulated to help moisturize skin as well as recover from sunburns or lesions. When used daily, it will help your skin feel young and revived.
- Restores skin moisture
- Aids wound recovery
- Improves skin elasticity & reduces wrinkles
- Lighten freckles
- Reduce stretch marks
Marilah mencuba placenta vit e softge dan dermafal sheep placenta serum+vit e+squalene antioxidant
untuk yg ingin kelihatan cantik...
Jumaat, 19 Ogos 2011
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
9 sebab hubungan tidak berkekalan
1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
Rabu, 13 April 2011
Sabtu, 8 Januari 2011
TENTANG CINTA.....
TANDA LELAKI SAYANG....
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN KECURANGAN
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.
Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…
REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!
Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.
Rabu, 5 Januari 2011
SINETRON BUKAN DIRIKU.....
Sinopsis Sinetron Bukan Diriku
Ryo dn Ayla, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah perusahaan advertising.Ryo seorang workaholic, dia sangat susah menunjukkan perasaannya, bahkanpada Ayla sekalipun. Karena sifatnya inilah, Ayla, tidak pernah tahu,bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Ayla selalu mengira, Ryo tidak begitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Ayla. Ryo bahkan kerap kali,melupakan janjinya dengan Ayla.
Kesal dengan sikap Ryo, Ayla memutuskan Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Ayla. Ia berusaha berbaikan dengan Ayla.Di hari ulang tahun Ayla, Ryo menyiapkan kado untuk Ayla. Ayla sebenarnya tak mau datang, namun Marina, teman satu kantor Ayla,memberitahu bahwa Ryo menyiapkan hadiah istimewa untuknya. Ryo menyiapkan cincin yang ia beli bersama Marina. Ayla kaget dan langsung pergi ke tempat Ryo menunggunya.Saat Ayla akan menyeberang, sebuah mobil muncul dan hampir menabrak Ayla. Ryo berlari mendorong Ayla. Ayla selamat, tapi Ryo kehilangan nyawanya.
Tapi cerita tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintai Ayla dan tidak ingin meninggalkannya. Ryo akhirnya masuk ke dalam raga Ariel, orang yang sudah menabraknya. Ariel orang yang sangat ambisius,dan rela melakukan apa saja, untuk kepentingannya. Ariel ternyata anak pemilik perusahaan tempat Ryo bekerja.Ryo yang sudah berada dalan raga Ariel. berusaha mendekati Ayla,tapi Ayla terus menolak kehadirannya karena Ayla sangat membenci Ariel.
Masalahpun semakin banyak menghadang Ryo. Kehidupan Ariel yang notabene "jahat" membuat kesulitan demi kesulitan mendatangi Ryo. Kematian seorang pria bernama Anton, yang usahanya dihancurkan oleh Ariel dan hubungan gelapnya dengan Marina adalah beberapa masalah kecil yangmembuat Ryo bingung.Ryo juga harus menghadapi kenyataan, kalau Ariel sudah mempunyai seorang tunangan, Livi, anak pemilik perusahaan pusat yang membawahiperusahaan milik orang tua Ariel. Saat mereka sedang memilih baju pengantin, Ryo memutuskan pertunangannya dengan Livi. Livi malu, ia mengakhiri hidupnya. Hal ini, membuat ayah Livi, dendam pada Ryo, dan berusaha untuk menghancurkan hidup Ryo.
Ryo tidak bisa mengatakan pada Ayla, kalau dia adalah Ryo, karena,apabila itu terjadi, Ryo akan kembali meninggalkan dunia ini, dan sampai kapan pun, dia tidak akan bisa menyatakan rasa cintanya pada Ayla. Menjadi Ariel, adalah pilihan terbaik, karna Ryo dapat terus berada disisi Ayla, namun disisi lain, Ryo juga tidak bisa menerima kenyataan, kalau Ayla akan melupakan Ryo yang sebenarnya.
Bagaimana kelanjutan cerita ini? Apakah Ryo yang sudah menjadiAriel, bisa merebut hati Ayla? Bagaimana dengan semua masalah Ariel yang harus diselesaikan oleh Ryo. Apakah, Ryo akan memberitahu Ayla,siapa sebenarnya dia?
Read more: http://cikmin.com/2010/12/sinetron-bukan-diriku-sinopsis-dan-video-klip/#ixzz1ADBSnSXC
Read more: http://cikmin.com/2010/12/sinetron-bukan-diriku-sinopsis-dan-video-klip/#ixzz1ADBMiw9b
Lirik Lagu Tema Pembukaan sinetron Bukan Diriku
Bukan Diriku
Artist: Samsons
Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku
Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku
Isnin, 19 April 2010
Selasa, 2 Mac 2010
Selasa, 23 Februari 2010
KENAPA JADI BEGINI?


Al-An’am
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
Khamis, 26 November 2009
Khamis, 12 November 2009
Mengapa Sukar Untuk Wanita Berkongsi Suami?
1. Kerana kita merasakan suami itu milik kita
* Kita merasakan suami itu milik kita, hak kita. Kita lupa bahawa suami hatta diri kita ini adalah milik ALLAH.. Kita dan suami kita boleh dipanggil Allah bila-bila masa sahaja..
* Kita lupa bahawa kecintaan sebenar kita adalah pada Allah. Kita diterlupakan oleh nafsu kita yg cemburu... Suami tu sebenarnya tiada apa-apa sebab kasih sejati kita adalah kepada Allah semata-mata.. Bak kata lagu Raihan.. “Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti...”
* Jelas dan nyata lelaki dibenarkan berpoligami. Tak perlu persoalkan hukum wajib, sunat dan sebagainya namun cukuplah kita memahami bahawa poligami dibenarkan ke atas lelaki. Kemudian diukutilah pula dengan syarat-syaratnya, Tapi asasnya ‘poligami boleh’ Seorang ustaz pernah mengingatkan saya ‘anda semua kena ingat, bila sah sahaja lelaki berkenaan menjadi suami, INGAT bahawa antunna semua ni bukan satu-satu isteri mereka. Mereka boleh berkahwin lagi 3. Mengapa ana cakap begini? sebab ramai bila suami mereka berkahwin lagi, yang ada tarbiayah seolah-olah hilang tarbiyyah mereka..
2. Kerana bimbang emosi anak-anak
* Sekiranya isteri pertama menerima poligami dgn baik, anak-anak akan mengikut. Percayalah. Namun jika isteri pertama tak boleh nak kawal emosi.. anak-anak juga akan mengikut keadaan ibunya.
* Kita mengikuti JIM yg ada tarbiyah. Setiap insan tidak terlepas dari kesilapan. Oleh itu ibu yg memiliki anak-anak, mereka boleh mendidik anak-anak mereka dlm proses perkongsian ini. Mengapa kita boleh memperkatakan UKHUWWAH ISLAMIYAH dgn sesama akhawat tetapi kita tidak pula mempraktikannya dlm poligami. Kita kata sayang pada akhawat kita atau ukhtie kita tapi bila diuji buktikan kasih sayang dgn berkongsi suami kita kecundang.
3. Kerana bimbangkan Harta
* Kita bimbang isteri kedua akan mendapat harta yg telah kita kumpul bersama suami sebelum ni. Kita telah bersusahpayah bersama suami tiba2 isteri kedua suami kita/ukhtie tu dtg dan senang2 dapat harta. Walaupun hakikatnya ada isteri kedua yang jujur dan tidak mengusik harta suami yang sedia ada.
* Sebab itu kalau suami kita berkahwin lagi maka jika sebelum ni kita sama-sama invest utk harta tu tapi selepas suami kahwin lagi kita biar suami uruskan sendiri segala pembayaran harta2 bersama kita. Kita simpan wang gaji kita keranaitu duit kita dan harta kita. Sedang kita lupa asalnya kita berkerja atas keizinan suami utk saling membantu rumahtangga kita.
* Sebenarnya kita lupa bahawa bila kita kembali kepada Allah bahawa harta itu akan ditinggalkan. Kita lupa bahawa harta yang kita bawa adalah harta yang disedekahkan... Investmen utk keluarga juga sedekah.. Kita sanggup sedekahkan harta setelah sahabat kita menderita kesakitan... namun bila suami kita menggunakan harta dan pendapatan untuk membantu saudara seislam kita yg lain melalui perkahwinan iaitu berkongsi suami.. kita terus jadi nafsu nafsi..
4. Kerana suami cenderung untuk tidak berlaku adil
* Kita merasakan suami melebih-lebihkan isteri kedua kerana kita percaya hakikat poligami memang begitu. Sejauh mana suami cuba berlaku adil kita masih percaya suami tidak akan boleh berlaku adil
* Kita merasakan isteri kedua dibelai, dimanjai sedangkan kita sendiri sebagai isteri pertama tidak diperlakukan demkian
* Kita meletakkan keadilan itu dibahu suami dan kita sendiri sebagai isteri bukan sekadar tidak memberikan ruang kepada suami untuk melaksanakan keadilan bahkan sikap kita sendiri terkadang menyebabkan suami bertindak mengabaikan keadilan..
5. Hal yang sebenarnya adalah kerana KITA bukan orang lain
* Kerana cemburu kita jadi lupa bahawa dunia ini fana tak kekal
* Kerana cemburu kita lupa kita adalah bersaudara dan kita lupa ukhuwwah fillah
* Kerana cemburu kita lupa bahawa kita akan pergi menghadap Tuhan bersendiri dan segala harta kita tinggalkan
* Kerana cemburu kita lupa kebaikan suami kita sebelum ini
* Kerana cemburu kita lupa bahawa sesama muslim tidak baik mengata dan buruk sangka
* Kerana cemburu... kita lupa dan iman dan akal kita berada dibawah telunjuk nafsu
* Kerana cemburu kita lupa pahala dosa
* Kerana cemburu... hilang ketakutan syurga dan nikmat neraka
* KERANA CEMBURU BUTA..... itulah penyakit utama kita...
Sebenarnya berpoligami ini Indah.
* Indah dpt berkasih sayang dgn keluarga lebih besar
* Indah dpt saling membantu dlm kerja dakwah
* Indah dpt saling membantu sesama ukhtie..
* Indah dpt saling berkongsi tanggungjawab dalam rumahtangga
CUMA.. KEINDAHAN ini bukan mudah utk dicapai.. sebab sebagai manusia biasa kita ada nafsu, syaitan yg sentiasa menghasut. Bila cemburu mengatasi AKAL dan IMAN.. maka kita boleh rebah dan tersungkur dalam rumahtangga pelbagai dimensi ini... Berlapang dada.. ingat bila-bila ALlah boleh ambil nyawa.. ingat ukhuwwah Islam.. ingat sebenarnya nikmat Allah bagi byk.. tapi kita selalu keluh kesah dgn cabaran sedikit yg Allah bagi sehingga lupa nikmat2 besar yg Allah berikan pada kita.. inilah yg akan meredakan hati-hati kita yg berpenyakit ini.. WALLAHU'ALAM..
bingkisan dari ummu anis
Rabu, 7 Oktober 2009
Rabu, 4 Mac 2009
Rabu, 29 Oktober 2008
Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

MySpace Graphics
Kepada semua yang berkeluarga:
Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.. ....
Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul
especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.
Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah
sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk
praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
Message: Kisah benar dari US . Banyak
kisah-kisah aneh yang menakjubkan
sebegini telah berlaku. Moga kita boleh
ambil iktibar.
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US, memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik
kerumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat
untuk pulang. Jalan yang diambil
pula agak tersorok dan tidak banyak
orang yang lalu lalang pada masa
itu. Maklum hari sudah lewat malam.
Berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan
rasa takut berjalan
berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki
(kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang saudari kita ni
boleh buat adalah berdoa ke
hadrat Allah memohon keselamatan atas
dirinya. Dia baca ayat Kursi
dengan penuh pengharapan agar Allah
membantu dia disaat itu.Masa dia
melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat
mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca
dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10
minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu. Atas
rasa tanggungjawab dia terus ke
balai polis dan buat aduan. Wanita ni
dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol
yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi
sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu "Why don ' t
you do anything to me on that
night even though you know that I ' m
alone?" Perogol
tu jawab: "No, you are not alone. That
night I saw two young man
walking with you. One on your right side
and the other one was by your
left side. If you were alone of course
you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu, mungkin
juga berkat ayat Kursi yang dia baca
malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan
sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita.
Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dan memang Muslimah yang
menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau
aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki
yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat
pelindung yang mustajab...selalula h
amalkannya. Bayangkan anda seorang yang
selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa
beribadat.Dapatkah anda mendapat
pertolongan sebegini dari Allah?
Balasan Allah tu boleh datang semasa di
dunia lagi. Di akhirat kelak
memang pasti kerana itu janji Allah..
Jadi, renungkanlah di mana level
' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila
berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi
ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya [Dari Abdullah
bin ' Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat
menarik pada pandangan
saya.
::dlm surah an-nur Allah telah mengatakan;hambanya yg mnutup aurat akan dihormati & dilindungi::



















































